Im a little girl who like to inspire people

Followers

Tuesday, January 27, 2015

Muslimah

niqab-muslimah

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Monday, January 19, 2015

Russia

Rusia Bakal Jadi Milik Islam

Rusia Bakal Jadi Milik Islam-Paderi Besar Katholik Ortodok Rusia

Ini adalah satu berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia.

Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya sebagaimana Muslimin beritakan:

Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.

Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.

Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.

Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini?

Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.

Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

Walau mereka difitnah sebagai pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah komunis.

Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Soviet Union majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga mengagungkan orang Muslim.

Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “pengganas”.

Wednesday, January 14, 2015

Lagha

Assalamualaikum

Curious .
Why?
Hmm....
Harini banyak benda yang nad belajar ..
Subuh tadi terbaca kt FB pasal ada anak ni biarkan ayah dia yg buta mengemis
Pagi tadi
Ternampak kt Tv Alhijrah pasal salam UK org islam disana
Dan
Ada terjadi accident depan mata antara kereta dan motor
Tgh hari
Teman mama tgk rumah .. Ada org mesir nak survey rumah..
Mlm ni kt masjid besi
Ternampak sekumpulan orang berhijrah datang beramai2 sembahyang dekat sini..

Persoalannya..
Kenapa manusia terutamanya muslim semakin alpha dgn dunia Sekarang...adakah dunia ini telah menguasai seluruh diri mereka..mana tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim? Mana tanggungjawab kita utk tegakkan agama Allah?

Bila terbaca pasal seorang ayah yg buta dibiarkan mengemis oleh anak dia sendiri..Ya Allah .. Pilunya rasa hati ni.. Kenapa anak sanggup buat bergitu kepada ayahnya yang buta.. Kesian sangat baca kesah ayah yg buta tu..tp yg peliknya ini ialah keluarga islam...tidakkah anak tidak mengetahui sikap nya itu dianggap DERHAKA? MasyaAllah..... Semoga diberi petunjuk dri Allah

Yg pasal salam Uk... Kat UK sememangnya Islam sangat mengembang .sayap Islam semakib terbuka luas di sana. Kita? Di malaysia.  Semakin mengecilkan sayap.. Bukan mengecilkan sahaja malah menghancurkan memburukkan sayap kita sebagai agama Islam..kenapakah?

Yg accident td .. Kereta yg salah sbb lggr motor tu.. Tp dengan angkuhnya keluar kereta bukan nak jenguk penunggang motor yg terpelanting tu . pergi tgk kereta dia kemek ke x.. Tu pun ada org agama india yg berhenti tolong penunggang motor tu.. Yg kereta tu perempuan melayu ! Islam! Manakah adab kita sbgi seorang Islam? MasyaAllah .. Apa nak jadi dgn wanita di negara kita..makin pudar sikap mahmudah dalam diri ..

Td jumpa org mesir..mcm biasa org mesir ni mmg x tepati masa langsung .. Haha mmg sikap diaorg.. Kitaorg tunggu hampir 1 jam.. Tp bila dh smpi tu tgk2 sekeliling rumah then sblum balik dia bagi kitaorg kurma dri mesir .. Banyak.. Then bagi air teh halia.. Haha .. Tp nak tunjukkan sikap mcm ni la kita kene ada .. Pemurah sesama islam wlupun bary jumpaa ...

Td kt masjid terjumpa sekumpulan jemaah.. Nampak gaya dri indonesia.. Tp gaya diaorg sangat kuat agama ..lps solat maghrib.. Jemaah lelaki ke depan jemaah perempuan solat sunat bakdiah sesama mereka .. Aku tertanya sekali lagi ..mana muslim yang lain .. Knapa masjid ni kosong je..apa guna masjid besar tp jemaah sikit je..kemana semua muslim lelaki..sesungguhnya jemaah lelaki lebih digalakkan ke masjid .. Mana ? Mana? Mana?

Janganlah leka .. Janganlah alpa... Kita mestilah bersatu..kuatkan iman dlm diri..supaya agama lain dapat melihat kesucian agama kita yg dibawa oleh nabi Muhammad SAW

Wallahualam :)

Saturday, January 3, 2015

chosen



 I dont care who was he but surely he has a good personality and attitude . smart and educated person . I more likely slit eyes person with a warm smile :) not prefer a gangster look . haha it looks creepy . For sure  I would like someone that can cheer me up and put a smile on my face everyday .Last but not least,he was Islam and know Islam deeply and can guide me till the end of the day


Nadi's Mr Right