Im a little girl who like to inspire people

Followers

Monday, December 8, 2014

Nowadays

Assalamualaikum..
just came over here to write a story
Nad ada terbaca satu cerita kat moment WeChat yg dihantar oleh luqman mazlan .
sangat best ceritanya

Mari kita renung sama sama perkara ini, .. Hari ini saya nak kita semua fikir. Fikir sedalam-dalamnya. Saya nak bagi satu analogi. Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada. Tapi, hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli lego baru. Masih tak cukup. Kita jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari. Dan akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga, pegang lego terakhir tu dan letakkan di puncak. Kita menjerit gembira! "Yessss!! Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"... Tiba-tiba, adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak. Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit "yeay, dapat main dengan abang!" Apa perasaan kita waktu tu? Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5 tahun kot.. Apa yang kita nak buat? Pukul? Sepak? Marah? Atau bunuh? Paling kurang kita akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus.. Teruknya kita. Ok, dah puas baca analogi saya? Dah? Kali ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis! Rasulullah SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah. Rasulullah SAW telah menerima wahyu di gua hira'. Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil. Baginda buat kerja dakwah secara senyap. Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di Taif. "Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!" Reaksi penduduk Taif. Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar dari bandar Taif bersam a zaid. Nabi terbaring di sebuah kebun. "Allahummaghfirli ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku! Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib. Kurma yathrib tak laku. Tapi Rasulullah tetap pergi! Korbankan segala benda. Berpuluh tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan Rasulullah, Islam naik ke puncak. Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga Rasulullah! Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata! Kita hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah! Agak-agak, apa perasaan Rasulullah? Penat-penat Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur! Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati! Rasulullah tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya. Tak malu ke? Tak malu ke? Tak malu ke? Buat maksiat lagi! Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah! Infiru! Taubat!

lepas baca kisah ini , hati ini sebak , tergamam . memang betul.kenapa kita x pernah fikir langsung pasal benda ini? Alhamdulillah,nad rasa sangat bersyukur sebab nad dapat melalui zaman remaja dengan berjaya.tak pernah couple.x pernah terhegeh2 nak kejar lelaki.pergaulan sesama jantina pun dapat dijaga.Alhamdulillah , syukur sangat2.tangkap gambar dengan lelaki pun x ada.haha sorryla nad takut sebenarnya.A thousand thank you to all my friends yang telah banyak guide diri yang jahil ni.In reality,takut sangat apa akan berlaku pada alam universiti.semoga dapat melaluinya dengan tenang sekali . hihi .Nad sangat suka dengan diri nad sekarang.Nad rasa macam dah banyak berubah.terutamanya dari segi pakaian.Thanks alot to Awien and hanin ajar nadi pakai handsock.rasanya sampai sekarang x boleh renggang dengan handsock.To papa and mama, tq sbb setiap pagi kejut tahajjud..tolong doakan kejayaan era dlm SPM . Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengkurniakan orang yang baik di sekelilingku..Alhamdulillah sangat2. sampai sini je la perkongsian kita.semoga dapat la juga kita belajar sesuatu.sesungguhnya,yg baik itu datgnya dari Allah dan yg buruk itu datangnya daripada kekilafan diri saya sendiri . wallahualam :)

Sunday, December 7, 2014

luahan hati

Selfish? Greedy ? Arrogant?
Why do people like this should live into this world with this attitude.
Do we had tought in Islam how to be a human being.
Islam is the way of life .
Do ask yourself why why why .
Muhasabah diri
Ingat nabi . nabi pun selalu ingat kita .
Double up ur selawat .
Lagi2 tgh tunggu result nak keluar kan .
Usaha usaha juga tp yg rohani jangan tinggal.
Tahajjud . jangan tinggal .
DOA jangan putus
Semoga hari pemeriksa lembut je wktu tanda kertas Kita.
YaAllah permudahkan urusan Ku ..
Bagilah Aku mendapat straight As dlm SPM
Bagilah Aku dapat belajar ke luar negara
Dan dapat mencapai cita2 Ku .

journey

I have sacrifices a lot .my life my feelings my everything. now,everything has gone . can I have my own now ?  Yes,life is unfair . but Allah know more than we know . maybe we dont get what we want now but in future ? Who knows ? . I always pray for the best . hope the future will be brighter than the light . I have make everyone happy . now I want to make myself happy. Come on , wake up and crate ur future . if he yours . dah mmg jodoh ,x kan lari mana..so dont give a high hope on someone.  It will make u sick .

Aishah's birthday

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO AISHAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!!!!!
May Allah bless you negaishah . Hehe
Thanks for the goodluck card ,ur notes ,ur cupcakes and everything . may your dream came true.goodluck in ur future too .dont give up and never despair cause Allah always by ur side . Jaga diri elok2 . Tahun dpn kak nad dh x da kt sesta . Jangan rindu dah . Hehehe .. Buat spm elok2 nnti boleh la belajar oversea . Kalau kak nad kt oversea juga boleh la jumpa lagi .. Nnti kak nad dtg melawat klu ada masa [跳跳].. Last but not least ,sorry klu kak nad ada buat salah . And thanks 4 everythings [飞吻]kak nad dh post hadiah kt mat rock nnti smpi lah .. Hehe saja je minta alamat hritu [跳绳]keh keh keh ... WELL,ENJOY YOU DAY ! Nnti kak nad suruh negaishah wish kt mat rock .. Hehehe[OK]

Thursday, December 4, 2014


Arrival


kek coklat !
(sorryla kek tu nad dah termakan sikit) hehe
boleh dapatkan di sekitar kafe kerajaan cyberjaya
^_^
hanya RM 6
buy more , the more discount you get !



upcoming to the bakery :

BISKUT RAINBOW
haha sapa x suka biskut ni x tahun la
sumpah sedap.


KEK BATIK
diadun dengan resepi rahsia
resepi yang dibuat oleh mak nad sendiri ! 
haha nad suka sbb tu  nad buat dan  jual..
rasakanlah kehebatan kelazatan yang x terkata 

BINGKA ROTI
menu keluarga nad sejak turun-temurun
boleh order hanya untuk majlis tertentu



sesungguhnya,
kebenaran x pernah menipu ! hahaha


adui kenapa entry kali ni macam kelakar . hmm x pe ni baru business makanan..
yang lain2 akan diupdate dari semasa ke semasa ~

Dream


lalalalalalalalala...
haha..
entah x tahu kenapa letak gambar ni 
tp ada org cakap gambar ni macam witch dah mati
how dare you @!#$%
haha k main2 je ..

well,sekarang ni tengah tunggu resul nak keluar..hmm takut gila x yah cakap la kan.
mcm mana nasib pun x tahu..its okey Allah know the best
kita dah usaha , dah buat yg terbaik , tawakkal is the best step now
but seriously, nad memang looking foward utuk belajar ke luar negara
kenapa?
its my hobby
TRAVEL
tu je niat dia sebenarnya
nad teringin sangat nak jalan2 ke luar negara
kalau dpt belajar luar negara pun Alhamdulillah
Allah give me the opportunity to go then
its doest matter how far we go
how long it gonna takes
but believe in yourself
Allah always beside you
as long as you did not forget him .
TRAVEL
my dream since I was a little kid
nad pun suka pergi jalan2 sorang2
macam pergi Jepun tahun lepas.
my first experience kot prgi negara org sendiri
pandai2 la hidup
tp banyak benda aku belajar
yang paling penting BERDIKARI
dapat sebarkan dakwah Islam
haha..sangat best pergi Jepun tahun lepas
ternyata diaorg x tahu langsung pasal Islam
hmm..x kisah la kursus apa yg dapat
nad ok je
belajar je la kan
haha...tp teringin sangat nak pergi jepun sekali lagi
ataupun France , China ,UK ,Istanbul ....
no matter what happen.
I gonna take this
haha
future oversea student !



Wednesday, December 3, 2014

Pengukir Kata

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, June 11, 2014

NOTE

I'll Be Back After SPM :)

5 BOUGAINVILLEA 2014

" Coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is success. "
May we get stright A+ together!

"terapung sama hanyut , tenggelam sama basah " hehe
 









FINAL YEAR #1








JAPAN









 
some throwback 2013
the memorial journey in my entire life
Alhamdulillah